Sila gunakan internet explorer untuk tatapan terbaik
Sejarah kami
Pejabat Pendaftar Syarikat (Registry of Companies-ROC) dan Pejabat Pendaftar Perniagaan (Registry of Bisnesses-ROB) ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan,kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KHDNHEP) sejak 1986.
Memandangkan ROC dan ROB merupakan dua buah jabatan yg saling berkait, kakitangan kedua2 jabatan ini telah memulakan langkah awal untuk mengabungkan silaturrahim antara kakitangan di kedua2 jabatan berkenaan. Maka pada 20 Julai 1995 Lahirlah sebuah entiti dinamakan Koperasi Kakitangan Pejabat Pendaftar Syarikat dan Pejabat Pendaftar Perniagaan Berhad atau ringkasnya Koperasi k/tangan ROC & ROB Berhad. No. pendaftaran ialah KN0025
Pada 16 April 2002 ROC dan ROB telah digabungkan dalam satu perbadanan dinamakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jelaslah Koperasi didaftarkan sebelum SSM terbentuk. Ramai yang menyangka Koperasi ROC & ROB Berhad ini adalah koperasi SSM sehingga ada k/tangan SSM yang berkecil hati kerana tidak diterima masuk sebagai ahli.Sebenarnya inilah realiti sikap manusia, semasa awal penubuhan amat sukar mendapatkan anggota, tetapi bila sudah berdaya saing ramai pula yg ingin berdamping. Bagi mengelakkan kekeliruan pihak lembaga pengarah memutuskan untuk menukar nama koperasi kepada Koperasi ROCAB Berhad (Registry Of Companies And Bisnesses- ROCAB) .
Buat masa ini penukaran nama sedang dalam proses kelulusan. Diharap dengan penukaran nama ini, pihak SSM boleh menubuhkan Koperasi kakitangannya sendiri tanpa rasa tergugat dengan keujudan koperasi kami
Monday, April 21, 2008
Apa itu Koperasi?
Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.
Perbezaan Koperasi dengan Syarikat Berhad
* Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
* Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
* Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi.
* Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya.
* Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
* Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
* Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.