Sila gunakan internet explorer untuk tatapan terbaik

Sejarah kami

Pejabat Pendaftar Syarikat (Registry of Companies-ROC) dan Pejabat Pendaftar Perniagaan (Registry of Bisnesses-ROB) ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan,kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KHDNHEP) sejak 1986.

Memandangkan ROC dan ROB merupakan dua buah jabatan yg saling berkait, kakitangan kedua2 jabatan ini telah memulakan langkah awal untuk mengabungkan silaturrahim antara kakitangan di kedua2 jabatan berkenaan. Maka pada 20 Julai 1995 Lahirlah sebuah entiti dinamakan Koperasi Kakitangan Pejabat Pendaftar Syarikat dan Pejabat Pendaftar Perniagaan Berhad atau ringkasnya Koperasi k/tangan ROC & ROB Berhad. No. pendaftaran ialah KN0025

Pada 16 April 2002 ROC dan ROB telah digabungkan dalam satu perbadanan dinamakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jelaslah Koperasi didaftarkan sebelum SSM terbentuk. Ramai yang menyangka Koperasi ROC & ROB Berhad ini adalah koperasi SSM sehingga ada k/tangan SSM yang berkecil hati kerana tidak diterima masuk sebagai ahli.

Sebenarnya inilah realiti sikap manusia, semasa awal penubuhan amat sukar mendapatkan anggota, tetapi bila sudah berdaya saing ramai pula yg ingin berdamping. Bagi mengelakkan kekeliruan pihak lembaga pengarah memutuskan untuk menukar nama koperasi kepada Koperasi ROCAB Berhad (Registry Of Companies And Bisnesses- ROCAB) .

Buat masa ini penukaran nama sedang dalam proses kelulusan. Diharap dengan penukaran nama ini, pihak SSM boleh menubuhkan Koperasi kakitangannya sendiri tanpa rasa tergugat dengan keujudan koperasi kami

Monday, April 21, 2008

Pengarah didakwa (pengajaran)

Pengarah mengaku tidak salah guna nama ‘Berhad’

PETALING JAYA 10 Nov.2006 – Seorang wanita yang bergelar Datuk Seri mengubah pengakuan untuk tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan salah guna nama ‘Berhad’.

Datuk Seri Miah Abdul Majid, 55, (gambar) yang juga pengarah sebuah syarikat pembinaan mengubah pengakuan ketika kesnya disebut lebih kurang pukul 9.30 pagi.
Hakim Nurmala Salim sepatutnya menjatuhkan hukuman terhadap Miah yang mengaku salah terhadap pertuduhan itu ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan, Miah didakwa melakukan perbuatan itu pada 2 Oktober 2004 di Hotel Sheraton Subang, Subang Jaya dekat sini.

Dia didakwa telah menggunakan singkatan nama Berhad di penghujung nama syarikatnya Semerang International Railways Sdn. Bhd. sedangkan syarikat itu masih belum diperbadankan lagi.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 367(1) Akta Syarikat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zulkifli Salleh manakala wanita itu diwakili peguam bela, Harjit Singh.
Nurmala menetapkan perbicaraan pada 9 Julai 2007.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1111&pub=utusan_malaysia&sec=mahkamah&pg=ma_03.htm&arc=hive

No comments: